*
United StatesChange|All Microsoft Sites
Microsoft
Search Microsoft.com for:

Microsoft Online Privacy Notice Highlights


(terakhir dikemas kini Ogos 2013)


Skop

Pemberitahuan ini menyediakan soroton penuh Pernyataan Privasi Dalam Talian Microsoft. Notis dan pernyataan privasi lengkap ini berkaitan dengan laman Web dan perkhidmatan Microsoft yang memaparkan atau dipautkan dengan notis ini.


Maklumat Peribadi

Butiran Tambahan

Apabila anda mendaftar untuk perkhidmatan Microsoft yang tertentu, kami akan meminta anda memberi maklumat peribadi.

Maklumat yang kami kumpulkan boleh digabungkan dengan maklumat yang diperoleh daripada perkhidmatan Microsoft lain dan syarikat lain.

Kami menggunakan kuki dan teknologi lain untuk menjejak interaksi anda dengan laman dan perkhidmatan kami untuk menawarkan pengalaman yang diperibadi.

Pilihan Anda

Butiran Tambahan

Anda boleh menghentikan penghantaran e-mel promosi daripada laman atau perkhidmatan Microsoft dengan mengikuti arahan di dalam e-mel yang anda terima.

Untuk membuat pilihan proaktif mengenai cara kami berkomunikasi dengan anda melalui e-mel, telefon dan mel pos, ikuti arahan yang disenaraikan dalam Keutamaan Komunikasi pernyataan penuh privasi.

Untuk pilih keluar paparan pengiklanan yang diperibadi, pergi ke bahagian Paparan Pengiklanan pernyataan privasi penuh.

Untuk melihat dan menyunting maklumat peribadi anda, pergi ke bahagian akses pernyataan penuh privasi.


Kegunaan Maklumat

Butiran Tambahan

Kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan untuk memberi perkhidmatan yang anda minta. Perkhidmatan kami mungkin merangkumi paparan kandungan dan pengiklanan yang diperibadi.

Kami menggunakan maklumat anda untuk memaklumkan kepada anda mengenai produk atau perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Microsoft dan ahli gabungannya, dan untuk menghantar kepada anda jemputan tinjauan yang relevan berkaitan dengan perkhidmatan Microsoft.

Kami tidak menjual, menyewa, atau memajak senarai pelanggan kami kepada pihak ketiga. Demi membantu menyediakan perkhidmatan kami, adakalanya kami menyediakan maklumat kepada syarikat yang bekerja bagi pihak kami.

Maklumat Penting

Secara penuh Pernyataan Privasi Dalam Talian Microsoft mengandungi pautan ke maklumat tambahan mengenai tapak atau perkhidmatan Microsoft tertentu

Butiran daftar masuk (alamat e-mel dan kata laluan) yang digunakan untuk mendaftar masuk kepada mana-mana laman dan perkhidmatan Microsoft adalah sebahagian daripada Microsoft account.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk membantu melindungi komputer peribadi anda, maklumat peribadi anda dan keluarga anda dalam talian, lawati sumber keselamatan dalam talian.


Cara untuk Menghubungi Kami

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai amalan privasi kami, pergi ke Pernyataan Privasi Dalam Talian Microsoft.

Jika anda mempunyai soalan sokongan teknikal atau umum, sila lawat http://support.microsoft.com/ untuk belajar lebih mengenai tawaran Microsoft Support.

Jika anda mengesyaki akaun Hotmail/Live anda telah digodam atau dirampas, sila lawati Bantuan Nyata.

Jika anda mempunyai soalan kata laluan Hotmail/Live, sila lawati Bantuan Nyata.

Untuk isu Microsoft Privacy umum, sila hubungi kami dengan menggunakan borang Web.


Dasar Anti Spam

Top of pageTop of page

© 2014 Microsoft Corporation. All rights reserved. Contact Us |Terms of Use |Trademarks |Privacy Statement